| Kurik Kundi Merah Saga | Jika bergendang kulit kerbau, Dalam majlis tari menari; Adik ini dagang merantau, Mengharap belas abang di sini. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cinta sayang dari Perlis, Dibawa menari dalam majlis; Saya umpama kain putih, Sebarang warna boleh ditulis. |
| Sekalung Budi Seuntai Bahasa | Anak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri. |