Kurik Kundi Merah Saga | Den jajar maka den kisai, Esok tidak ke ladang lagi; Diajar badan merasai, Esok tidak tergamang lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berempat tegak di tepian, Cukup berlima maka mandi; Usah mengumpat di bahagian, Suratan sudah dimenterai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Beras padi dalam guni, Padi tidak rimbun lagi; Maka dikarang warkah ini, Hati nan tidak bertahan lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggilah bukit Sungai Papan, Nampak nan dari jalan gedang; Maka tersebut akan berjalan, Malukan sahabat sama gedang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail ikan sepat, Dapat seekor ikan cencaru; Sudahkah habis tenung makrifat, Maka tuan bercakap begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hai memukatlah orang tatang gosong, Tanai si Jakek mato Aji; Untunglah omak nan menolong, Maka terjejak tanah sepi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak undan terketik-ketik, Dikejar ayam patah kaki; Kami sepantun telur itik, Kasih ayam maka menjadi. |
Kuntum Pertiwi Buku 3 | Nangka dikata cempedak, Cempedak di dalam kuali, Masak beri berkuad; Kurasa khilaf tidak Bersalah jauh sekali, Mengapa maka dimarah. |