| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pergi ke Kancung, Ambilkan saya papan biola; Makan minum boleh ditanggung, Sakit pening siapa nak bela. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hujan ribut saya tak basah, Bukit Tenging bercabang tiga; Makan minum bujang tak susah, Sakit pening siapa nak jaga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak ayam bulu balik, Cari makan tepi paya; Minta tumpang berjalan balik, Makan minum saya belanja. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hilir sehari mudik sehari, Singgah menyincang nangka muda; Tak minum sehari makan sehari, Asalkan bertentang sesama muda. |