Kurik Kundi Merah Saga | Batu kinyang jauh ke darat, Jalan kereta setengah hari; Makin dikenang makin melarat, Makin dicinta tambah berai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kinabalu gunung mengawan, Makin direnung makin terharu; Kalau rindu pandangkan bulan, Pesan kirim di angin lalu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cukup wangi bunga kesidang, Makin pagi makin berbau; Berapa tinggi Gunung Ledang, Sudah daki baru tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul gendang hari Khamis, Bunga Melati dalam raga; Makin dipandang makin manis, Dalam hati menyala cinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Semabuk pergi ke Kelang, Berniaga buah serba rasa; Makin mabuk makin meradang, Salah runding jadi kecewa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kerak hijau di cabang pauh, Turun merentas di tangkai padi; Makin ditinjau makin jauh, Berasa nak rentas si tangkai hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang sasau buat kerja, Hisap rokok asap berkepul; Kalau pisau kurang baja, Makin diasah makin tumpul. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa daya bajuku ini, Begini lemah lagi berlari; Apa daya hatiku ini, Makin dihibur makin berahi. |