Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maÖ.ri.fat]/[ma/.ri.fat] | معرفة

Definisi : Ar 1. ilmu mengenali sesuatu; 2. (dlm ilmu tasawuf) ilmu mengenali hal kerohanian pd peringkat yg tertinggi atau sempurna; bermakrifat 1. (dlm ilmu tasawuf) berfikir dalam-dalam tentang sesuatu, bertafakur; 2. mengetahui benar-benar: bolehkah hamba ~ bahawa hamba akan mati bersama-sama dgn ibu hamba? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maÖ.ri.fat]/[ma/.ri.fat] | معرفة

Definisi : pengetahuan yg tinggi atau yg sempurna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makrifat

Puisi
 

Malam ini malam Ahad,
     Malam besok malam Isnin;
Inilah jalan-jalan makrifat,
     Tuntutlah ilmu sampai berkenan.


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTanam serbat di pintu balai, Mari ditunggu bilang malam; Apa makrifat tuan pakai, Mimpikan tuan bilang malam.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Ahad, Malam besok malam Isnin; Inilah jalan-jalan makrifat, Tuntutlah ilmu sampai berkenan.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun empat, Satu mati tinggal tiga; Minta tulis dalam makrifat, Minta masuk dalam syurga.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail ikan sepat, Dapat seekor ikan cencaru; Sudahkah habis tenung makrifat, Maka tuan bercakap begitu.
Kurik Kundi Merah SagaPohon sena cabangnya empat, Mari terbang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri.
Kurik Kundi Merah SagaKapal terbang berkipas empat, Putuslah terlepas tali kemudi; Habis kutilik dalam makrifat, Di mana tinggalnya si jantung hati.
Kurik Kundi Merah SagaBatu Pahat Simpang Empat, Satu simpang ke Tanjung Melaka; Sudah kutilik dalam makrifat, Tuan seorang menjadi puja.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun lima, Satu mati tinggal empat; Minta mati dalam agama, Biarlah tulis jalan makrifat.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Sabtu, Malam besok malam Ahad; Rupa yang tujuh menjadi satu, Inilah jalan jalan makrifat.
Kurik Kundi Merah SagaOrang bertolak di Tanjung Rhu, Sarat memuat buah perpat; Hendaklah banyak mengadap guru, Supaya terang jalan makrifat.

Kembali ke atas