Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.na.ma.na] | مان٢

Definisi : 1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~ dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapa­siapa, barang siapa: ~ yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.na.ma.na] | مان٢

Definisi : 1 barang apa pun: Ambillah ~ yg kausukai. 2 sesiapa pun; barang siapa: ~ yg letih, bolehlah berehat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mana-mana

Puisi
 

Anak Cina sanggul terpacak,
     Mati dibunuh Seri Rama;
Adik laksana buah masak,
     Bau semerbak ke mana-mana.


Lihat selanjutnya...(261)
Peribahasa

Mati badan dikandung tanah,
     nama beredar ke mana-mana.

Bermaksud :

Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang Cina pulang ke China, Sampai ke China malam hari; Saya tak ingat di mana-mana, Ingat puan sehari-hari.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina sanggul terpacak, Mati dibunuh Seri Rama; Adik laksana buah masak, Bau semerbak ke mana-mana.
Kurik Kundi Merah SagaPergi berburu tidak berteman, Mungkin dapat bala bencana; Bunga kembang di dalam taman, Bau semerbak ke mana-mana.
Kurik Kundi Merah SagaLalu ditaruh di atas peti, Terpandang oleh anak Cina; Bertambah mesra kasih di hati, Bolehlah berjalan ke mana-mana.
Kurik Kundi Merah SagaBergelang batu berantai dua, Mana yang rantai mana yang tidak; Mana satu kekasih kitak berdua, Mana dikasih mana yang tidak.
Kurik Kundi Merah SagaMana berantai mana tidak, Berjalan dua berantai dua; Di mana kasih di mana tidak, Badan satu kekasih dua.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana hendak ke mana, Tinggi rumput dari padi; Bulan mana tahun mana, Kasih kupeluk masih di hati.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana hendak ke mana, Tinggi rumput darilah padi; Bulan mana tahun mana, Rindu tak luput dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana tidaklah ke mana, Dari rumput berdaun padi; Bulan mana tahun pun mana, Dendamlah luput di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana hendak ke mana, Tinggi rumput dari padi; Bulan mana tahun yang mana, Tidak luput di dalam hati.
12345678910...

Kembali ke atas