Kurik Kundi Merah Saga | Manalah bulan manalah bintang, Manalah tempat matahari mati; Ke mana hilang ke mana sayang, Mana tempat tuan pergi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jika dipecut kuda berlari, Manalah kumbang beranak tiga; Jika diturut hatiku ini, Akhirlah padang menjadi gua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tikus matilah berenang, Mati berenang dalam perahu; Manalah orang juak dikenang, Orang dikenang tiada tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang limpah ke pasar, Tanam pinang kelapa mati; Di manalah tuan belajar, Pandai mencari isyarat hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain buruk dalam besen, Buat membungkus kulit belulang; Saya buruk lagi miskin, Manalah hendak dipeduli orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang selasih biji dilurut, Pisang embun masak ditutuh; Hilang kasih tempat berpaut, Manalah rimbun tumpang berteduh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalaulah bukan kerana bulan, Masakan bintang terbit pagi; Kalau bukan kerana tuan, Manalah saya jadi begini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina dari seberang, Rama-rama di pohon turi; Saya datang ke kampung orang, Manalah sama kampung sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ubi hendak dijual, Jual sekali pegaga di sawah; Berdetak di hati terbit kesal, Manalah terduga akannya padah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada buah cempedak, Jangan diperam dengan ragi; Khabar tiada alamat pun tidak, Di manalah hendak dicari lagi. |