Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata masaknya

Puisi
 

Buah rambutan masaknya ranum,
     Hendak ditaruh bulan puasa;
Abang lalu adik tersenyum,
     Hendak bertanya belum biasa.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPisang hijau masaknya hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu.
Kurik Kundi Merah SagaBuah rambutan masaknya ranum, Hendak ditaruh bulan puasa; Abang lalu adik tersenyum, Hendak bertanya belum biasa.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berangan masaknya merah, Lada cili dalam perahu; Luka di tangan nampak berdarah, Luka di hati sahabat tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaLimau manis merah masaknya, Terlindung pula di balik dahan; Sungguh manis nampak wajahnya, Tak nampak sehari rasa sebulan.
Kurik Kundi Merah SagaPisang emas tepi telaga, Peram di dapur masaknya tiga; Sebentuk emas sebentuk tembaga, Sudah dilebur menjadi suasa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik di bawah batang, Limau manis masaknya minyak; Raja di rakit sudah pun datang, Riuh-rendah suara banyak.
Kurik Kundi Merah SagaMenjadi pokok menjadi daun, Makan di talam masaknya nasi; Begini rasanya cerai setahun, Cerai semalam rasanya mati.
Kurik Kundi Merah SagaBuah terap di atas peti, Buah redan masaknya merah; Kalau sudah harap di hati, Merana badan sahaja ditempah.

Kembali ke atas