Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi tinggal lagi: beras ~ secupak lagi; semasih ark selama (masih, belum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , al-Masih Nabi Isa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = al-~ Nabi Allah Isa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 terus dlm keadaan sebelumnya; belum selesai: Ketika saya sampai, dia ~ tidur. 2 = ~ lagi ada lagi; tinggal lagi: Wangnya ~ sepuluh ringgit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,

Puisi
 

Apa guna main berigot,
     Pandan muda masih berbunga;
Apa guna tuan berebut,
     Badan muda masih berguna.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Agung susut,
     pongah masih.

Bermaksud :

Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(36)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLantak dua berlantak tiga, Masih juga gelang di kaki; Beranak dua beranak tiga, Masih juga dendam di hati.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna main berigot, Pandan muda masih berbunga; Apa guna tuan berebut, Badan muda masih berguna.
Kurik Kundi Merah SagaKapal Acheh terlenang-lenang, Sarat bermuat barang dagang; Masih berdendam kasih sayang, Jangan dicampur dengan kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaOrang ada bercampur Cina, Batang sena batang padi; Siapa yang ada masih bercinta, Fikir apa di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaOrang berzikir bawa tawakal, Jawablah dengan Allah ya Rabbi; Habis berfikir dengan akal, Tuan juga masih di hati.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana hendak ke mana, Tinggi rumput dari padi; Bulan mana tahun mana, Kasih kupeluk masih di hati.
Kurik Kundi Merah SagaBalasatudin berasal nama, Yang bernama si Simpanglah Tiga; Orang lain bukan tak ada, Abang seorang masih di mata.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina pulang ke China, Hendak ke China memakan babi; Tuan punya saya pun punya, Sekeras-keras masih di hati.

Kembali ke atas