Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj kudis yg bernanah (pd kaki dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Orang mengail di lubuk licin,
     Dapat ikan beliak mata;
Sudah terpandang dahi licin,
     Rasa nak putus urat mata.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Sekalung Budi Seuntai BahasaAnak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail di lubuk licin, Dapat ikan beliak mata; Sudah terpandang dahi licin, Rasa nak putus urat mata.
Kurik Kundi Merah SagaBurung camar burung di laut, Camar seekor beliak mata; Jangan digemar ikan di laut, Ramai orang balik saja.
Kurik Kundi Merah SagaIkan sepat mudik ke hulu, Anak haruan putih dada; Siapa cepat dapat dahulu, Siapa kemudian putih mata.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail laut Melaka, Dapat seekor ikan tenggiri; Janganlah suka bermain mata, Buat menyakit hati sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Melayu sayang Melayu, Mata melihat hatiku sayu; Murah harganya sangat terlalu, Seperti ikan pari dan yu.
Kurik Kundi Merah SagaTariklah papan berlaga-laga, Anak ikan menari ke hulu; Minta mandi si air mata, Minta dikapan kain dan baju.
Kurik Kundi Merah SagaAnak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata.

Kembali ke atas