Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lam.bung] | ملامبوڠ

Definisi : mendatangi (menyerang, me­langgar, dll) dr samping; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lam.bung] | ملامبوڠ

Definisi : 1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib, kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki memberi pujian atau sanjungan yg tinggi; setinggi­-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke asalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lam.bung] | ملامبوڠ

Definisi : 1 naik atau melantun ke atas (spt bola, perahu yg dipukul ombak dll). 2 memuncak naik (ttg harga dsb): Pd masa itu, harga getah ~ tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambung
Kata Terbitan : melambung, terlambung-lambung,

Puisi
 

Tanjung jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Sayu hati memandang tempat,
     Hati rindu tidak tertahan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Untung melambung,
     malang menimpa.

Bermaksud :

Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Buah hati marilah dekat, Rindu abang tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Sayu hati memandang tempat, Hati rindu tidak tertahan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang merpati terbang melambung, Mari hinggap di awan putih; Buah hati pengarang jantung, Tuan seorang penyudah kasih.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati terbang melambung, Mari hinggap di awan putih; Buah hati pengarang jantung, Tuan seorang penyudah kasih.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi-tinggi Gunung Siantan, Budak-budak melambung telur; Tuan di sana rindu tak makan, Saya di sini rindu tak tidur.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi bukit Gunung Siantan, Budak-budak melambung telur; Abang di sana rindu tak makan, Saya di sini rindu tak tidur.
Kurik Kundi Merah SagaRumput tinggi tepi hutan, Bintang timur tinggi melambung; Minta rezeki besar lautan, Minta umur tinggi gunung.
Kurik Kundi Merah SagaKapal kecil roda lambung, Naik ke darat pasang teropong; Orang muda kacak melambung, Songkok senget saku kosong.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak tanam papaya, Tanam mari tepi kota; Sudah mari tepi kota, Tuah melambung malang menimpa.

Kembali ke atas