Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melati tumbuh di ceruk, Dialih mari ke dalam taman; Sekeping hati hancur remuk, Meranalah saya sepanjang zaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh harum melati di taman, Ditiup angin jatuh ke riba; Biar hilang nyawa dan badan, Namun cinta tetap tak lupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sungguh harum melati di taman, Ditiup angin jatuh ke riba; Biar hilang nyawa dan badan, Namun cinta tetap tak lupa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal belayar dari Melati, Hendak membawa barang tembaga; Kalau belayar lautan api, Memang berani berbuang nyawa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Daun pandan bunga melati, Rendam di air waktu pagi; Baik cari bidan yang reti, Anakku lahir tak lepas lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak sungguh bunga melati, Bawa mari ke dalam pekan; Hidup kita lawan mati, Mana jahat kita tinggalkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga ros bunga melati, Harum semerbak di dalam taman; Besar sungguh hajat di hati, Untuk menyunting bunga di taman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kembang melur kembang melati, Lalu dibungkus dalam kertas; Di dalam terang lagi menanti, Inikan pula barang yang lepas. |