Kurik Kundi Merah Saga | Kerbau betina melenggang tanduk, Melenggang tanduk di pangkal titi; Anak teruna melenggang masuk, Anak dara sedia menanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Mat jalan melenggang, Dua tiga ranting patah; Air laut sekerat pinggang, Buku lali haram tak basah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kerbau mana tambat di tubir, Kerbau hitam melenggang tanduk; Anak dara di balik tabir, Anak teruna dibawa masuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke Sungai Dungun memetik perah, Kutip perah di Bukit Seberang; Adik melenggang bukanlah marah, Kerana mengenang nasib badan. |