Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lin.tang] | ملينتڠ

Definisi : 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru mem­balut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lin.tang] | ملينتڠ

Definisi : 1 menurut lintang sesuatu bidang: Sebatang kayu ~ di jalan. 2 mendatar (bkn garisan); lw menegak. 3 menghalang; merintang: Jika tidak ada aral ~, saya akan sampai di rumah pd hari Isnin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lintang
Kata Terbitan : melintang, melintangi, terlintang, lintangan,

Puisi
 

Burung pucung terbang melintang,
     Hinggap mari Gunung Daik;
Putih kuning sanggul melintang,
     Itulah tanda hati tak baik.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Tiba di rusuk menjeriau.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBurung pucung terbang melintang, Sudah melintang membujur pula; Cium hidung bayar hutang, Cium pipi berhutang pula.
Kurik Kundi Merah SagaBurung pucung terbang melintang, Hinggap mari Gunung Daik; Putih kuning sanggul melintang, Itulah tanda hati tak baik.
Kurik Kundi Merah SagaBukit Gebuk Gunung Melintang, Nampak dari Pulau Segi; Adik duduk sanggul melintang, Bagai bunga kembang pagi.
Kurik Kundi Merah SagaNasi kunyit gulai ayam, Mari makan di Batu Melintang; Topi senget jalan malam, Jalan mencari sanggul melintang.
Kurik Kundi Merah SagaGunung Aluk guntur melintang, Mari nampak Kuala Sejarai; Panjang kecil rona memandang, Tempat baju kuning suara tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaPohon bendera pohon ketapang, Pohon kemboja melintang titi; Anak dara dua sekupang, Kalau janda segantang padi.
Kurik Kundi Merah SagaTebang tebu tiga batang, Satu batang melintang sungai; Tiga hari tuan tak datang, Air mata jatuh berderai.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana saya nak mandi, Buaya besar melintang sungai; Bagaimana saya nak janji, Janji yang besar belum ditunai.
Kurik Kundi Merah SagaCik Esah pandai menilik, Kerat limau sambil melintang; Tembak rusa kijang terpekik, Sampai tengok rimau terbongkang.
Kurik Kundi Merah SagaTenanglah belayar ke Kuala Kudu, Pukul angin melintang haluan; Kalau dapat kasih setuju, Umpama paku lekat di papan.
123

Kembali ke atas