Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.li.pat] | مليڤت

Definisi : 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana ke­sempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.li.pat] | مليڤت

Definisi : membuat sesuatu supaya jadi berlipat: Dia ~ kain yg sudah dibasuh lalu disimpan di dlm almari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Kalau tuan pandai melipat,
     Lipatkan saya sekaki dulang;
Kalau tuan pandai mengikat,
     Uraikan saya di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pandai melipat, Lipatkan saya sekaki dulang; Kalau tuan pandai mengikat, Uraikan saya di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pandai melipat, Lipatkan saya sekaki dulang; Kalau tuan pandai mengikat, Uraikan saya di tangan orang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan naik perahu, Anaklah Cina melipat kain; Kalaulah tuan ingin nak tahu, Kitalah bukan orang lain.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Balai jalan berhenti, Anak Cina melipat kain; Adinda lalai boleh kunanti, Janganlah saja ke tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Balai jalan berhenti, Anak Cina melipat kain; Adinda lalai boleh kunanti, Janganlah saja ke tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina anak Melayu, Anak Jepun melipat kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaDari sana hendak ke sini, Sampai ke sini melipat kain; Telah masak macang kuini, Kulit sama rasanya lain.

Kembali ke atas