Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melur setangkai diri, Anak udang dari Patani; Tidur malam seorang diri, Aku tak tahu selama ini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kembang melur kembang melati, Lalu dibungkus dalam kertas; Di dalam terang lagi menanti, Inikan pula barang yang lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bungalah melur kembang setangkai, Taruh mari di lipatan kain; Jikalah benar adik memakai, Janganlah adik ingat yang lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melur kembang sekaki, Ambil sekuntum bungkus kertas; Dalam telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melur kembang berkaki, Mari dibungkus di dalam kertas; Di dalam telur lagi kunanti, Inikan pula telah menetas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melur di atas peti, Mari dibungkus dengan kertas; Dalam telur boleh dinanti, Konon pula sudah menetas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga melur bunga inai, Biji selasih di dalam timba; Seberang alur seberang sungai, Kerana kasih kuturut juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si Jambat menikam gamat, Bunga melur kembang melati; Mudah-mudahan hidup selamat, Di dalam telur boleh dinanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si Jambat menikam gamat, Bunga melur kembang melati; Mudah-mudahan hidup selamat, Di dalam telur boleh dinanti. |