Kurik Kundi Merah Saga | Anak kuda mati direjam, Mati telentang tepi padang; Memang ada senjata tajam, Saya tunggu apa yang datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga raya di atas peti, Bunga melur di atas batu; Memang ada niat di hati, Hendak menyunting bunga yang satu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok berembang pokok bidara, Tumbang berpaut di dahan bakau; Kalau tuah memang ada, Jatuh ke laut menjadi pulau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada rumah tidak berpintu, Ada pintu tidak bertingkap; Rimau garang memang begitu, Mengaum saja tidak menangkap. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu anak Limbungan, Pergi ke pasar membeli kacang; Memang jalak ayam sabungan, Biasa mati tengah gelanggang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanah rencah memang rendah, Tinggilah gunung rendah bukit; Saya memandang sangatlah indah, Tapi sudah ada penyakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan parang baru ditempa, Parang ada dari dahulu; Bukan sekarang baru berjumpa, Memang dijanji tatkala dahulu. |