Kurik Kundi Merah Saga | Membeli selasih dari pekan, Hendak membawa ke negeri China; Kerana kasih di tangan orang, Makan tak lalu tidur tak lena. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan di hulu hujan di hilir, Hujan di Teming membawa rintik; Pandang ke bahu pandang ke leher, Pandang ke kening membawa cantik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya ke darat ke Pulau Lidi, Buah padi pisang jeranang; Jangan diharap membawa diri, Hendak membawa hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang ke barat Pulau Peringgi, Buah padi buah jeranang; Saya melarat membawa diri, Sebab membawa hati tak senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik ke darat membawa pelita, Gelang emas hendak dicari; Sudah kudapat bertentang mata, Barulah puas rasanya hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah galah mudik ke Jelai, Membawa Cik Hassan dengan Cik Husin; Apalah salah kita bercerai, Sabit belacan makan dek kucing. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mendengut unta dari Padang, Membawa dagang ke Kelinci; Kalau tersedik hati nan pemamang, Dilihat kampung ditangisi. |
Kurik Kundi Merah Saga | 9Gunung dari Kelebang, Sampai ke Jeddah membawa guni; Jangan sebarang ikut abang, Abang sudah ada bini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal berlabuh di Kuala Sepetang, Membawa dagang ke luar negeri; Kerana hari telah petang, Mohon izin mengundur diri. |