Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ri] | ممڤري

Definisi : mengikut apabila ditarik atau ditekan tetapi berbalik kpd bentuknya yg asal apabila dilepaskan; menganjal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.be.ri] | ممڤري

Definisi : 1 menyebabkan seseorang menerima sesuatu: Ia ~ anak-anaknya wang saku. 2 tidak menghalang; membenarkan: Emak tidak ~ saya bermain-main di tepi kolam itu. 3 menyebabkan mendapat atau terkena sesuatu: Kita mesti berkelakuan baik dan jangan sekali-kali ~ malu kpd orang tua kita. 4 memasangkan, melekatkan dsb sesuatu pd: Alat itu diberi bertangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberi

Puisi
 

Yang berlari sangat pantas,
     Yang menang sangat bertuah;
Yang memberi tangan di atas,
     Yang menerima tangan di bawah.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi bunga kepada kera (monyet).

Bermaksud :

Memberikan sesuatu kepada orang yang tidak tahu menggunakannya. (Bandingkan dengan: a. Bagai kera diberi kaca, b. Kera dapat bunga).

 

Lihat selanjutnya...(58)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaRaja Brooke hilir belayar, Memberi tabik gudang kompeni; Kepala tunduk menahan sabar, Hendak bercakap tidak berani.
Kurik Kundi Merah SagaYang berlari sangat pantas, Yang menang sangat bertuah; Yang memberi tangan di atas, Yang menerima tangan di bawah.
Kurik Kundi Merah SagaSampai ke tepi terkena duri, Duri dibuang sakit pun hilang; Kalau ayah tidak memberi, Adik hendak mengikut abang.
Kurik Kundi Merah SagaMerabung kita merabung, Atas rabung dipulak ambuk; Walau harum bunga kecubung, Kalau termakan memberi mabuk.
Kurik Kundi Merah SagaHijau kuning bunga kenanga, Dipatah dahan bagai nak runtuh; Putih kuning bijaklaksana, Itu memberi imanku jatuh.
Kurik Kundi Merah SagaBuaya putih buaya keramat, Mari tentang lubuk batu; Abang putih melawa sangat, Saya tidak memberi malu.
Kurik Kundi Merah SagaBintang tidak terbit pagi, Diselaput oleh awan putih; Puan sudi sampai ke mari, Saya memberi terima kasih.
Kurik Kundi Merah SagaLancang tenggelam kita berenang, Sampai ke tepi terkena duri; Boleh abang masuk meminang, Takut ayah tidak memberi.
Kurik Kundi Merah SagaAh Liew peranakan Jepun, Mengembang bunga di dalam cawan; Berapa banyak bunga di taman, Satu buat memberi rawan.

Kembali ke atas