Kurik Kundi Merah Saga | Bukan bukit saja meruntuh, Bemban serai meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Gila berahi membunuh juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan bukit saja meruntuh, Orang Serani meruntuh juga; Bukan penyakit saja membunuh, Dendam berahi membunuh juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan jua bukit meruntuh, Bemban perbaik meruntuh jua; Bukan penyakit saja membunuh, Cinta dan kasih membunuh jua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana membunuh semut, Taruh gula di mangkuk perang; Bagaimana saya hendak selimut, Kainku sudah dipinjam orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau kutahu masam mengkuang, Ambillah garam dan cabai; Kalau kutahu kekasih orang, Kuambil pedang membunuh diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau kutahu masam mengkuang, Ambillah garam dan cabai; Kalau kutahu kekasih orang, Kuambil pedang membunuh diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Di atas tebing airnya pasang, Sakit terlanggar padang berduri; Sudah teringat memandang abang, Rasa membunuh badan sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Siti menjual nangka, Dibubuh mari di dalam raga; Haram sekali tak kusangka, Ular lidi membunuh naga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah jambu di atas meja, Sayang selasih datang baiduri; Hilanglah ingat tidak mengapa, Hilang kekasih membunuh diri. |