Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.lam] | ممڤلم

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah­nya), mangga, Mangifera indica; ~ babi sj tumbuhan (pokok), Parinarium oblongifolium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.lam] | ممڤلم

Definisi : nama sj pokok atau buahnya; mangga, Mangifera indica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempelam

Puisi
 

Buah mempelam si buah petir,
     Tigalah dengan buah beluru,
Jangan dikias jangan disindir,
     Keranalah adik sungguh tak tahu.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah mempelam di tepi kota, Dibawa budak dari seberang; Makan berulam si air mata, Mengenangkan untung dagang seorang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah mempelam si buah petir, Tigalah dengan buah beluru, Jangan dikias jangan disindir, Keranalah adik sungguh tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaBuah mempelam buah papaya, Mari dimakan pagi hari; Kalau tuan kurang percaya, Belah dada lihatlah hati.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh tebang mempelam, Mari isi dalam raga; Duduk jauh bulan pun kelam, Tanda kasih kudatang juga.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh asam mempelam, Mari makan waktu pagi; Hujan turun di malam kelam, Kerana kasih kumari lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh asam mempelam, Tanam selasih di kepala titi; Sungguh jauh bulan pun kelam, Kita berkasih di dalam mimpi.
Kurik Kundi Merah SagaPutik pauh atas permatang, Tanam mempelam di tepi reban; Sangat jauh saya datang, Bolehkah tidak tumpang tandang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah manggis dimakan budak, Sayang mempelam buah di hulu; Jumpa manis makan tak jelak, Jumpa yang masam terasa ngilu.
Kurik Kundi Merah SagaBuah timun dimakan landak, Buah mempelam di muka pintu; Tengok senyum katakan hendak, Memang perangai sudah begitu.
Kurik Kundi Merah SagaItik-itik di Kampung Cina, Buah mempelam masak bercahaya; Adik-adik abang bertanya, Berapa bulan kasihkan saya?
12

Kembali ke atas