| Kurik Kundi Merah Saga | Yang berlari sangat pantas, Yang menang sangat bertuah; Yang memberi tangan di atas, Yang menerima tangan di bawah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Usik dayang mengatih benang, Benang kusut terlalulah susah; Kalau tuan mengaku menang, Biarlah saya mengaku kalah. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Burung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak kuda tepi perigi, Masuk di kolam mandikan anak; Seburuk-buruk parang besi, Menang juga kayu yang banyak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Ikan talang ikan terubuk, Udang galah udang kepai; Malang sungguh nasib Pak Kaduk, Ayam menang kampung tergadai. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Perahu belayar menyusur arus, Patah kemudi susur di pantai; Baik cari cindai yang halus, Alah beli menang dipakai. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Angkat galah sandar galah, Mari disandar di pohon pinang; Kalau alah mengaku kalah, Janganlah adik mengaku menang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Orang merendang si udang galah, Cara masakan oranglah Minang; Orang perempuan selalunya kalah, Orang jantan selalunya menang. |