Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1. membawa di atas bahu (ba­rang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. meng­alami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, mena­ruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rah­sia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, mem­­biayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mem­punyai: kita ~ hutang sampai anak dah ber­anak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, men­jamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan meme­nuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1 membawa barang yg berat-berat di atas bahu; memikul: Aku tidak sanggup ~ beban seberat ini. 2 menderita kesusahan, ke­rugian dll; mengalami: Setelah permai­surinya mangkat, tinggallah Sultan Mahmud keseorangan ~ dukacita. Mereka telah ~ kerugian besar kerana harga getah jatuh. 3 memberikan belanja atau nafkah; menyara: Di samping ~ isteri dan empat orang anak, beliau terpaksa juga ~ dua orang adik. 4 memberi akuan atau jaminan ttg sesuatu: Saya berani ~ kebaikan radio jenis ini. 5 memikul segala tanggungjawab dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tun Kudu orang Melayu,
     Tun Tuah orang Melaka;
Duduk termenung menanggung rindu,
     Mengenang tuan jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Putih mata kerana memandang.

Bermaksud :

Menanggung rindu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJangan suka menganyam nyiru, Nyiru dibawa dari Buncit; Jangan suka menanggung rindu, Rindu bawa jadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaTun Kudu orang Melayu, Tun Tuah orang Melaka; Duduk termenung menanggung rindu, Mengenang tuan jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaTiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang dalam; Teresak-esak menanggung rindu, Sampai tak tidur siang malam.
Kurik Kundi Merah SagaSama tengah pohon mengkudu, Anak Cina menjual kain; Sama-sama menanggung rindu, Hati tidak pada yang lain.
Kurik Kundi Merah SagaItik terbang gugur bulu, Itik terbang dari gua; Jangan adik menanggung rindu, Sampai masa bertemu juga.
Kurik Kundi Merah SagaHanyut rakit dari hulu, Mati pelanduk ditanduk rusa; Alangkah sakit menanggung rindu, Orang tidak menimbang rasa.
Kurik Kundi Merah SagaBatu Peringgi Kuala Renam, Nampak dari Pasir Raja; Abang pergi menanggung dendam, Adik di rumah rindu sahaja.
Kurik Kundi Merah SagaAkar tanjung pagar selasih, Balung kulit berisi serai; Alangkah teruk menanggung kasih, Tak sebab kulit tulang bercerai.
Kurik Kundi Merah SagaTiga petak tiga penjuru, Tiga ekor kumbang di dalam; Letih-letak menanggung rindu, Tidur tidak menghabis malam.
Kurik Kundi Merah SagaJangan suka menganyam nyiru, Nyiru dianyam di tepi tasik; Jangan suka menanggung rindu, Rindu datang bawa penyakit.
1234

Kembali ke atas