Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nan.ti] | مننتي

Definisi : 1. menunggu (ketibaan sesuatu): ia sedang ~ di sana; 2. tersedia utk dihadiahkan (diberikan dsb): hadiah wang tunai RM100 000 ~ kampung yg dipilih sbg yg tercantik dan terbersih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nan.ti] | مننتي

Definisi : duduk di sesuatu tempat sehingga tiba sesuatu atau sehingga berlaku sesuatu; menunggu: Kami akan ~ di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nanti2
Kata Terbitan : menanti, menanti-nanti, menantikan, penantian, penanti,

Puisi
 

Kain pelikat belum berjahit,
     Menanti jarum dari Melaka;
Kami berduka belum baik,
     Menanti ubat dari kakanda.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Genting menanti putus,
     biang menanti tembuk.

Bermaksud :

Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus. (Peribahasa lain yang sama makna: Biang menanti tembuk).

 

Lihat selanjutnya...(19)

642

A wolf in sheep's clothing

Orang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya.

Musang berbulu domba

When you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you.

Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan musang berbulu domba. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPokok ciku pokok meranti, Dititi oleh anak undan; Setiap waktu duduk menanti, Menanti tiba janjinya tuan.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat belum berjahit, Menanti jarum dari Melaka; Kami berduka belum baik, Menanti ubat dari kakanda.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat belum berjahit, Menanti jarum dari Melaka; Kami berduka belum baik, Menanti ubat dari kakanda.
Kurik Kundi Merah SagaKain lama ditukar baru, Menanti kain dari kedai; Permainan kamek diulang baru, Sementara menanti orang yang pandai.
Kurik Kundi Merah SagaTepung pulut dibuat kanji, Dibawa orang ke Seri Menanti; Manis mulut tunang berjanji, Kenapa sekarang tinggal pergi.
Kurik Kundi Merah SagaJemur padi padang lalang, Habis dimakan ayam denak; Abang menanti tengah malam, Habis belakang digigit nyamuk.
Kurik Kundi Merah SagaBulan puasa pergi ke pasar, Dua tiga membeli gelama; Menanti masa hamba tak gusar, Setahun dua tidaklah lama.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil perpat buatkan titi, Ambil kapak belahkan kundur; Berempat engkau menanti, Setapak haram aku tak undur.
Kurik Kundi Merah SagaMari ditetak tebu sejunjung, Letak mengkuang di tanah lubuk; Adik menanti tikar segulung, Masuk abang bercium peluk.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana pungguk menali, Benang setongkol dibahagi lima; Lama sudah kami menanti, Padang belukar menjadi rimba.
123

Kembali ke atas