Kurik Kundi Merah Saga | Tudung periuk pandai menari, Dia menari atas geta; Kain buruk campak ke mari, Saya nak menyapu air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Menari bangun menepung, Makan tepung bibir rasa; Nyaris abang mati terkepung, Mujur ada sepintu dua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandai menari joget Melaka, Masyhur sampai negeri Siam; Hairan sekali di hati saya, Bercerai kasih di dalam diam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik pandai menari, Anak angsa terlompat-lompat; Rupa cantik dapat dicari, Budi bahasa mana nak dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Batak pandai menari, Anak Rama pandai melata; Kalau masak angkat ke mari, Sama-sama kita merasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung periuk pandai menari, Buatan orang Melaka; Kain buruk berikan kami, Akan pemalit si air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dayang-dayang sedang menari, Sekalian kadam petik kecapi; Doa adik lebihlah lagi, Saya ajak abang sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cinta sayang dari Perlis, Dibawa menari dalam majlis; Saya umpama kain putih, Sebarang warna boleh ditulis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang burung sikalayangan, Dibawanya dandang menari; Bahala gunung awan kayangan, Amun jodoh datang sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tariklah papan berlaga-laga, Anak ikan menari ke hulu; Minta mandi si air mata, Minta dikapan kain dan baju. |