| Kurik Kundi Merah Saga | Bolehkah abang menebar jala, Dapat seekor ikan selangat; Berani abang menahan dada, Biar mati bertindih mayat. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Jala rambang berantai timah, Hendak menebar laut Melaka; Mata rambang hendaklah diubah, Jikalau tidak badan binasa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam mata keris, Saya berani membuang jiwa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dalam Laut Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa dalam tikaman keris, Saya berani menahan dada. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Sangat dalam laut Inggeris, Biar aku menebar jala; Berapa tajam hujung keris, Kerana cinta kutahan dada. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hujan ribut kita ke pulau, Anak kekati menebar wang; Terlanjur hidup kita bergurau, Sudah mati tergolek seorang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar. |