Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngail] | مڠاءيل

Definisi : menangkap ikan dgn kail, meman­cing; ~ berumpan berkata bertipuan prb utk mendapat sesuatu drpd orang haruslah pandai mengambil hatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngail] | مڠاءيل

Definisi : menangkap (ikan) dgn kail atau dgn pancing; memancing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengail

Puisi
 

Mengail Sungai Dua,
     Umpan pucuk keledek;
Tua samalah tua,
     Sama-sama mencincang gobek.


Lihat selanjutnya...(52)
Peribahasa

Mengail berumpan,
     berkata bertipuan.

Bermaksud :

Harus pandai mempersenangkan hati orang, kalau kita menghendaki sesuatu daripada orang itu. bertipuan = bermuslihat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJangan tuan mengail tenggiri, Sama-sama mengail sembilang; Jangan tuan menghina diri, Sama-sama dagang terbuang.
Kurik Kundi Merah SagaMengail Sungai Dua, Umpan pucuk keledek; Tua samalah tua, Sama-sama mencincang gobek.
Kurik Kundi Merah SagaMengail Kuala Tanjung, Ketam tidak berjari; Kalau kucing pandai berdayung, Tikus juga pandai kemudi.
Kurik Kundi Merah SagaMengail ke buntut jamban, Dapat pandan tiga kelopak; Bermain ingatkan zaman, Entah di mana badan tercampak.
Kurik Kundi Merah SagaMengail di Jongok Batu, Patah dulang hampir menghilang; Laksana dagang piatu, Kain basah kering di pinggang.
Kurik Kundi Merah SagaMengail bawah keramat, Dapat seekor ikan kerayu; Abang belayar biar selamat, Tinggallah bunga atas kelambu.
Kurik Kundi Merah SagaMengail ikan di bawah batang, Ikan siakap kata senangin; Tiga bulan abang tak datang, Sirih dihantar dilayang angin.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail Sungai Kukup, Pakai terendak dengan tudungnya; Tuan beli timbang tak cukup, Orang berniaga apa untungnya.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail ikan gelama, Turun ribut datanglah takut; Air surut kapal hilir sama, Air pasang ia tersangkut.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail di Kuala Bentan, Umpama dilumur dengan lumut; Menggunting dalam lipatan, Itulah musuh dalam selimut.
123456

Kembali ke atas