Kurik Kundi Merah Saga | Enutuk mengambil upah, Siapa menampikan? Amun buruk tapih kurupah, Siapa menggantikan? |
Kurik Kundi Merah Saga | Ke laut mengambil lokan, Burung tiung memanggil anak; Janganlah malu janganlah segan, Samalah kita berdagang sanak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang laut mengambil kerang, Orang kompeni memegang senapang; Sekali gelap sekali terang, Bintang tabur hari nak siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pulau mengambil kerang, Bawa mari Kuala Linggi; Baru berpucuk belum bercabang, Sudah nak jadi pohon yang tinggi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke perigi mengambil timba, Timba terletak tepi halaman; Walaupun banyak kembang di rimba, Mawar di jambangan jadi idaman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi pasir Kuala Petani, Rasa mengambil rasa tidak; Apa taksir pada kami, Rasa nak masuk rasa tidak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau sudah tetak nipah, Mari kita mengambil rumbia; Kalau sudah kujumpa ayah, Barulah padan seia sekata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Zam-zam telaga Makkah, Tempat orang mengambil haji; Walau beribu orang bergagah, Kami tidak mungkir janji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Negeri Perlis Indera Kayangan, Tempat orang mengambil baja; Kalau sudah rasa berkenan, Siaplah duit untuk belanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak orang ambil baja, Saya seorang mengambil padi; Banyak orang balik saja, Saya seorang gagah menanti. |