Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.dung] | مڠاندوڠ

Definisi : 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.dung] | مڠاندوڠ

Definisi : 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Puisi
 

Pohon salak batangnya condong,
     Mari disisik dalam kendong;
Bukanlah salah ibu mengandung,
     Salah sendiri badan menanggung.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai panas mengandung hujan.

Bermaksud :

Tertawa dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTidak salah junjung lembayung, Salah pandan menggelita; Tidak salah emak mengandung, Salah badan buruk pinta.
Kurik Kundi Merah SagaPohon salak batangnya condong, Mari disisik dalam kendong; Bukanlah salah ibu mengandung, Salah sendiri badan menanggung.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah jolok kedondong, Galah patah menimpa dahan; Bukannya salah ibu mengandung, Sudah nasib permintaan badan.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Belanga tambak-menambak, Ditambak oleh Raja Temenggung; Sudah lama saya berkehendak, Sejak mula ibu mengandung.
Kurik Kundi Merah SagaJohor Bahru jalan bertambak, Tempat anak Raja Temenggung; Bukan baharu saya berkehendak, Memang tatkala ibu mengandung.
Kurik Kundi Merah SagaJatuh ke laut menjadi pulau, Pulau delapan menjadi sembilan; Di dalam kilat adanya kilau, Awan hitam mengandung hujan.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk di pintu memandang bulan, Hari tak ribut awan melindung; Kalau begitu nasibmu tuan, Bertuahlah perut ibu mengandung.

Kembali ke atas