[me.ngang.kat] | مڠڠکت
Definisi : 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ngang.kat] | مڠڠکت
Definisi : 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)