Kurik Kundi Merah Saga | Anak siapa terbatuk-batuk, Perut buncit nampak mengantuk; Kalau pancing ikan betuk, Kailnya halus baru dipatuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung belatuk kepalanya kuning, Hendak merapat di kaki dulang; Mata mengantuk kepalanya pening, Hendak melepas si hajat orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menumbuk di atas lambur, Kalaulah gelap pasang pelita; Mata mengantuk rasa nak tidur, Dalam tidur macam berjaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Batang senduduk dahan berpintal, Patah ditimpa si pokok berangan; Disangka mengantuk disorongkan bantal, Rupanya tidur berbantal lengan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Datuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang belatuk burung belatuk, Mari hinggap di kepala tangga; Semadi abang duduk mengantuk, Mari abang menari caca. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan togok laut tumpuk, Air deras udang tak masuk; Hari malam mataku mengantuk, Ambil api di puntung rokok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning di muka pintu, Gajah bersila di dalam mangkuk; Putih kuning di muka pintu, Buat ubat mata mengantuk. |