Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina menganyam tikar, Bawa mari ke pasar lama; Kalau tuan ajaknya tukar, Mintalah doa selama-lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan suka menganyam nyiru, Nyiru dibawa dari Buncit; Jangan suka menanggung rindu, Rindu bawa jadi penyakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang darat menganyam kelasah, Buat kelarai bunga cempaka; Makan tak kenyang mandi tak basah, Sudahlah adat orang bercinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jangan suka menganyam nyiru, Nyiru dianyam di tepi tasik; Jangan suka menanggung rindu, Rindu datang bawa penyakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa buat menganyam nyiru, Lintang akan sambil diangkat; Apa boleh menahan rindu, Dilimpang akan ditidur angkat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bidadari dari hutan, Singgah menganyam di dalam kota; Tepuk dada kenangkan tuan, Jatuh berlinang air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada rasa berisi pandan, Hendak menganyam tikar sembahyang; Tujuh syurga di dalam badan, Di situlah tempat berkasih sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cempaka putih cempaka biru, Buat sunting bunga delima; Masa ayah menganyam nyiru, Angkit dengan tindih lima. |
Kurik Kundi Merah Saga | Zaman ayah mudik ke hulu, Main makan buah bahulu; Zaman ayah menganyam dahulu, Akar tua pilih dulu. |