Kurik Kundi Merah Saga | Dayang Esah menghilang pauh, Hilang pauh di Batu Rakit; Hati susah berjalanlah jauh, Dibawa diam jadi penyakit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak burung pandai berenang, Menghilang di rimba hutan berduri; Malang hamba asyik terkenang, Orang dikenang membenci diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengail di Jongok Batu, Patah dulang hampir menghilang; Laksana dagang piatu, Kain basah kering di pinggang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung perling matanya merah, Hendak memakan tempulur labu; Sahabat menghilang nampak marah, Tersinggung kawan dalam kalbu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kapal belayar tengah malam, Kapal Bugis sudah datang; Sudah lama abang menghilang, Ke mana pergi tak nampak bayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Tunggang jauh ke hulu, Gunung Gading nampak melintang; Hatiku bimbang dari dahulu, Putih kuning di mana menghilang? |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Tunggang jauh ke hulu, Gunung Gading nampak melintang; Hatiku bimbang dari dahulu, Putih kuning di mana menghilang? |