| Kurik Kundi Merah Saga | Bulan mengambang embun menitik, Cahaya sampai serata dunia; Pokok cantik buah sebiji, Bila gugur masam rasanya. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cantik menyambar bagai dipeting, Hujan menitik tepi pagar; Tahan hempas tahan banting, Tahan dititik tahan dibakar. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Telur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dari Deli pergi ke Medan, Singgah di kedai hujan menitik; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur besar kecik. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dua Cina dua Melayu, Dua Keling menjual kain; Kerana apa bunga layu, Embun menitik di tempat lain. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina anak Melayu, Anak Jepun melipat kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Pinang Pekan baharu, Tempat Cik Khalid menjadi raja; Bila terkenang masa dahulu, Tunduk menitik air mata. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ali menjual kayu, Orang di bukit menjual lada; Kalau teringat zaman dahulu, Rasa menitik air mata. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tuan kayuh orang berempat, Tuan menuju ke rumah raja; Kalau sampai di Batu Pahat, Macam menitik air mata. |