| Kurik Kundi Merah Saga | Embun menitis ke pohon mawar, Mawar biru berselang putih; Racun sudah jadi penawar, Hati yang rindu terpaut kasih. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kelip-kelip api di pantai, Anak Belanda memasang pelita; Air mata menitis ke bantal, Baru kusedar hatiku cinta. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Gendang Cik Samat gembala angsa, Telur angsa sarang setalam; Umat Muhammad punya bangga, Embun menitis serata alam. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Senajang di Kampung Ulu, Ramai orang bertanam peria; Bila dikenang kisah dahulu, Cucur menitis airnya mata. |