Kurik Kundi Merah Saga | Baru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar alang pun besar, Rumahnya datuk permaisuri; Alang-alang kerja besar, Tidakkan saya sampai ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bertanak periuk besar, Nasinya berulas-ulas; Pantun sesama besar, Bunyinya berbalas-balas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar berpadi tidak, Kalau berakit berakit buluh; Adik besar berlaki tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah besar berdinding tidak, Mari didinding dengan pelupuh; Badan besar berbini tidak, Apa jadah di dalam tubuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunting besar gunting kecil, Hendak digunting batang padi; Tuan besar saya kecil, Tunggulah saya setahun lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rumah kecil alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak berhajat besar, Tidak saya sampai ke mari. |