Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.la] | منجالا

Definisi : menangkap ikan dgn menggunakan jala; siapa ~ siapa terjun prb siapa yg ingin sesuatu dialah yg harus berusaha; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.la] | منجالا

Definisi : menangkap ikan dgn jala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjala

Puisi
 

Orang menjala tepi kolam,
     Dapat ikan sebesar jari;
Bukan salah kain disulam,
     Kerana benang warnanya mati.


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang menjala ikan belanak, Dapat seekor puntang-panting; Kalau kahwin janda beranak, Habis kepala kena kencing.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menjala tepi kolam, Dapat ikan sebesar jari; Bukan salah kain disulam, Kerana benang warnanya mati.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok.
Kurik Kundi Merah SagaOrang menjala Sungai Seniawan, Boleh seekor ikan senangin; Sakit rasa saya tak tahan, Boleh tidak mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaHendak menjala jalaku tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak berjumpa hatiku takut, Hati rindu ditahan juga.
Kurik Kundi Merah SagaHendak menjala jala tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak mencuba hatiku takut, Hati takut dicuba juga.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Jeddah menjala ikan, Sudah dijala jual di pekan; Bukankah sudah saya katakan, Kepayang mabuk jangan dimakan.
Kurik Kundi Merah SagaCik Aki menjala ikan, Dapat ikan jual di pekan; Gunung tinggi siapa timbunkan? Duri di hutan siapa tajamkan?
Kurik Kundi Merah SagaPergi ke pantai menjala ikan, Dapat seekor ikan gelama; Baik-baik memilih intan, Jangan terpilih batu delima.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja turun menjala, Dapat seekor ikan haruan; Gunung yang mana jadi paya, Laut mana jadi daratan?
12

Kembali ke atas