Kurik Kundi Merah Saga | Cik Esah menuju ke pekan, Tumbuh kulat di kaki kuda; Cik Esah cik tuan pesan, Kirim surat kupinang muda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Jeram menuju ke Bentan, Singgah bermalam di Tanjung Jati; Orang karam di tengah lautan, Hamba karam di hati sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan kayuh orang berempat, Tuan menuju ke rumah raja; Kalau sampai di Batu Pahat, Macam menitik air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gamat-gamat menikam gamat, Hendak menuju ke Singapura; Mudah-mudahan hidup selamat, Syukurlah sampai mati berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik dua sekawan, Terbang menuju ke dalam gua; Rindunya adik kepada abang, Rasa nak terbang sekarang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak Mesir berdagang intan, Turun balai menuju ke paya; Hendak fikir memakan umpan, Bibir berkait badan tak rela. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak menuju ke Pulau Deli, Buah pauh di dalam guni; Tenggelem kapal datang ke mari, Adakah kenal orang di sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik perahu belayar ke seberang, Menuju belukar menebang kayu; Bukan tak tahu zaman sekarang, Gaharu dibakar kemenyan berbau. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit. |