Kurik Kundi Merah Saga | Orang menyabung di balik teluk, Kena tikam habis berlubang; Ayam terkepung di pagar buruk, Terkam musang lalu terbang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menyabung di balik buluh, Ayam jalak sisik berduri; Intan di gedung emas sepuluh, Jatuh terpijak habis sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kami malas menyabung kacung, Kacung ada di atas pagar; Kami malas menyambung pantun, Pantun kami baru belajar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam Bugis menyabung tali, Mari berlaga Alor Kesinai; Adik putih cuba lalu lagi, Berpaling tengok abang nak kenai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Besar gelanggang tempat menyabung, Tanam buluh menjadi rebung; Kalaulah sudah suka menolong, Tentu orang semua terkampung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Asah taji asah golok, Buat menyabung ayam kelabu; Saya janji masak di pokok, Kalau ranggah saya tak mahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ulang-ulang ke kampung sini, Singgah menabur biji bayam; Ulang-ulang ke kampung ini, Ada juga menyabung ayam. |