Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyang.kut] | مڽڠکوت

Definisi : 1. menggantung (pd kait dll), memaut, menggayut: dia ~ lampu itu di tengah-tengah ruang rumahnya; 2. ber-sangkutan dgn, berkaitan (bertalian) dgn: empat drpd kriteria ini bersifat ekstrinsik belaka, iaitu yg ~ soal kemanusiaan dan kemasyarakatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyang.kut] | مڽڠکوت

Definisi : 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Merambat tebing Brunei,
     Rambat menyangkut di pokok pauh;
Sedang liar si burunglah punai,
     Tiadalah boleh terbang jauh.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMerambat tebing buantar, Rambat menyangkut di hujung galah; Barang ini barang latar, Di sana terantuk mencari balah.
Kurik Kundi Merah SagaMerambat tebing Brunei, Rambat menyangkut di pokok pauh; Sedang liar si burunglah punai, Tiadalah boleh terbang jauh.
Kurik Kundi Merah SagaMerambat tebang bertingkat, Rambat menyangkut di kaki sauh; Sudah terlepas burung berikat, Sudah biasa terbang jauh.
Kurik Kundi Merah SagaTuan merambat tebing beringkat, Rambut menyangkut di akar bambangan; Jangan lambat burung diikat, Burung makan di tapak tangan.
Kurik Kundi Merah SagaTarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian.
Kurik Kundi Merah SagaAda kacang tumbuh di akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian.

Kembali ke atas