Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merah

Puisi
 

Laksamana mudik ke bendang,
     Seluar merah baru berjahit;
Laksananya buah pedendang,
     Luarnya merah dalamnya pahit.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Buah masak merah belum tentu manis rasanya.

Bermaksud :

Orang yang elok rupanya itu belum tentu perangainya baik.

 

Lihat selanjutnya...(18)

361

Manners make the man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa merah di kaki langit, Putik delima dilari kuda; Apalah merah di sanggul Kak Nit, Bungalah sirih cempaka muda.
Kurik Kundi Merah SagaLaksamana mudik ke bendang, Seluar merah baru berjahit; Laksananya buah pedendang, Luarnya merah dalamnya pahit.
Kurik Kundi Merah SagaTetaklah akar akar merah, Semut meniti di dalam talam; Badan berpeluh mataku merah, Angkat mengucap di tengah malam.
Kurik Kundi Merah SagaBurung Perling muka merah, Murah beralun pintu; Emak jeling katakan marah, Perangainya memang begitu.
Kurik Kundi Merah SagaApa merah dalam padi, Buah ciku dengan bedak; Apa dimarah pada kami, Sekali marah sekali tidak.
Kurik Kundi Merah SagaBurung belatuk jambul merah, Sepakat dengan rajawali; Minta ampun kepada Allah, Minta syafaat kepada nabi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak burung dadanya merah, Besok hari beralih putih; Beli borong memang murah, Asam manis apa dipilih.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Bintangor airlah merah, Tempat orang mencuci gigi; Kalau sungguh dipanjang Allah, Boleh kita berjumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaApa merah di dalam padi, Pucuk kandis digulai asam; Apa marah di dalam hati, Muka manis ditarik masam.
Kurik Kundi Merah SagaCantik semacam anak patung, Baju merah baju kurung; Nasib berniaga kalau mahu untung, Modal sedikit jadi sekarung.
12345678910...

Kembali ke atas