Kurik Kundi Merah Saga | Kucing kurus di tepi tebat, Duduk merana tinggal tulang; Tujuh ratus carikan ubat, Jodoh sampai barulah senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mak Minah duduk di pintu, Duduk di pintu merejut renda; Merana hamba yatim piatu, Tiada ayah tiada berbonda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Abang makan hendak berhidang, Memakai kain berbelah tepi; Di dalam merana cinta datang, Air mata jatuh ke pipi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga cina jambangan Cina, Lalu dibungkus dalam kertas; Hati saya sudah merana, Di dalam hati mana nak lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa direndam dalam bijana, Kain sutera hendak disidai; Siang malam termenung merana, Kerana cinta tidak tercapai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Bondong parit perintah, Bersampan dengan sidaknya; Hendak dilangsung serba salah, Takut badan jadi merana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Manis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah terap di atas peti, Buah redan masaknya merah; Kalau sudah harap di hati, Merana badan sahaja ditempah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tidak tertanam padi, Tidaklah saya bertanam bunga; Kalau tidak kerana budi, Tidaklah badan jadi merana. |