Kurik Kundi Merah Saga | Baru merasa hatiku rindu, Bawa berulam si buah pauh; Baru merasa kehendak rindu, Bawa mengenang kekasih jauh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung serindit di dalam perahu, Bunga bayam di dalam dulang; Hati adik merasa rindu, Kerana berjauhan dengan abang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Kalau kerja main-main, Segala dibuat tidak merasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Padang berukir-ukir, Membuat ukiran di kayu jati; Terpandang tuan sedang berfikir, Saya merasa sakit hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah-buah rotan dan batu, Jauh sejengkal dimakan angin; Apa khabar ayah bondaku, Baru merasa sejuk dan dingin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Gunung ke Anak Bukit, Singgah semalam di Bukit Pinang; Dahulu hati sakit, Sekarang hati merasa senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Batak pandai menari, Anak Rama pandai melata; Kalau masak angkat ke mari, Sama-sama kita merasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bawal tambak bawal cermin, Ketiga dengan bawal Pak Isa; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama tidak merasa. |