Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.bu/] | مربوق

Definisi : sj burung; ~ aman sj burung, Geopelia striata; ~ balam sj burung, ketitir, tekukur jerum, Streptopelia chinensis; ~ gila sj burung, merbah gila, Rhipidura javanica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.bu/] | مربوق

Definisi : 1 nama sj burung; ketitir, Streptopelia chinensis tigrina. 2 nama sj burung; balam, Geopelia striata striata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merbuk

Puisi
 

Burung merbuk di tepi pekan,
     Pipit tuli mati terjerat;
Buah mabuk jangan dimakan,
     Pokok berduri jangan dipanjat.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merbuk di tepi pekan, Pipit tuli mati terjerat; Buah mabuk jangan dimakan, Pokok berduri jangan dipanjat.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merbuk sambar tekukur, Lepas sekali menjadi punai; Terung berpucuk limau bertabur, Puaslah hati membeli mahal.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merbuk terbang ke tebing, Hinggap ia di dahan manggis; Kalau hendak menyarung cincin, Sarungkanlah di jari manis.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merbuk burung merpati, Terbang berpusing hala bendang; Wajah elok menawan hati, Siang malam hamba terkenang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak merbuk sarang di luar, Pucuk paku pucuk beringin; Biar buruk kaki seluar, Hati aku sikit tak ingin.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak-banyak telur merbuk, Tidaklah sama telur merpati; Banyak mabuk perkara mabuk, Mabuk yang mana sakit sekali.
Kurik Kundi Merah SagaBukan tidak saya katakan, Merbuk biasa makan di papan; Bukan tidak saya katakan, Buah mabuk jangan dimakan.
Kurik Kundi Merah SagaTarik papan hulur papan, Kena merbuk dalam rimba; Adik makan abang pun makan, Kalau mabuk siapa meriba?
Kurik Kundi Merah SagaYam Tuan pergi ke rimba, Tangkap merbuk pandai berlagu; Janganlah tuan mencabar hamba, Takut penumbuk hinggap ke dagu.
12

Kembali ke atas