Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mohon (kata kerja)
1. Bersinonim dengan minta: minta izin

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan ampunilah, maaflah,

Kata Terbitan : memohon, memohonkan, permohonan, pemohon,

Puisi
 

Kalau tuan makan jagung,
     Jagung dimakan burung merpati;
Kita ini sama berpantun,
     Pantun kita mohon berhenti.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKapal berlabuh di Kuala Sepetang, Membawa dagang ke luar negeri; Kerana hari telah petang, Mohon izin mengundur diri.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan makan jagung, Jagung dimakan burung merpati; Kita ini sama berpantun, Pantun kita mohon berhenti.
Kurik Kundi Merah SagaDua tiga pergi bermain, Perutlah lapar tunggu di titi; Kalaulah abang cari yang lain, Mohon adik mengundur diri.
Kurik Kundi Merah SagaCincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari; Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri.
Kurik Kundi Merah SagaBukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang di pohon dedap; Bukan sembah sebarang sembah, Sembah saya mohon bercakap.

Kembali ke atas