| Kurik Kundi Merah Saga | Apa benda bunyi terdesar, Anak monyet berkejar-kejar; Bukankah kucing guru yang besar, Harimau di hutan semua diajar? |
| Kurik Kundi Merah Saga | Jika hujan berderai-derai, Turun monyet naik lembiding; Tiga hari lama bercerai, Sobok-sobokkan sebelah dinding. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Limau lelang tengah sempadan, Petik orang bawa ke hulu; Rimau menderam tengah hutan, Monyet siamang gemangkan bulu. |