Kurik Kundi Merah Saga | Muara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur? |
Kurik Kundi Merah Saga | Muara batu berumput, Kelekati gilang gemilang; Suara saja terluput, Dalam hati manakan hilang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang muara tidak berbukit, Banyak bukit di Batu Karang; Budimu tuan bukan sedikit, Dari dahulu sampai sekarang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari muara mudik ke hulu, Sambil menyanyi mendayung sampan; Belum bersuara tersenyum dulu, Menambah seri wajah rupawan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Sejingkat Muara Sambir, Nampak dari Kuala Tebedu; Banyaklah taubat di luar bibir, Di dalam hati siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan sepat ikan muara, Anak itik di pinggir kali; Meminta maaf pada saudara, Kesilapan besar sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan puput di tengah muara, Si jarang gigi timbul berkawan; Malang hidup tiada saudara, Kalau sudi terimalah tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Duduk termenung di tepi muara, Ditiup angin daun bergoncang; Bila terkenang pada dara, Berdebar hati bertambah sayang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang kelekah mari berkabung, Mari bertimbal Muara Srikei; Jangan diharap nangka bersarung, Di dalam sarung ditebuk tupai. |