Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mum.bang] | مومبڠ

Definisi : putik kelapa (yg masih kecil); ~ jatuh, kelapa jatuh prb tiap-tiap yg ber­nyawa akan mati juga; cuba-cuba menanam ~, jika hidup turus negeri prb tetap mene­ruskan sesuatu pekerjaan mungkin akan men­datangkan hasil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mum.bang] | مومبڠ

Definisi : putik kelapa yg masih kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mumbang

Puisi
 

Lumba-lumba main gelombang,
     Riak sampai Kuala Linggi;
Cuba-cuba menanam mumbang,
     Kalau hidup tuah negeri.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Menanam mumbang.

Bermaksud :

Melakukan sesuatu yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menamai anak dalam kandungan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSayang mumbang kelapa mumbang, Mumbang sebiji dari Pariaman; Kalau tahu jinaknya kumbang, Tanam bunga di pinggir laman.
Kurik Kundi Merah SagaLumba-lumba main gelombang, Riak sampai Kuala Linggi; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri.
Kurik Kundi Merah SagaLumba-lumba bermain gelombang, Cuaca redup tengah hari; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri.
Kurik Kundi Merah SagaBuah berembang buah bidara, Masak seuntai dua untai; Anak bersubang disangka dara, Macam mumbang ditebuk tupai.
Kurik Kundi Merah SagaNak luruh rupanya hari, Tidak pernah gelombang tujuh; Inilah tua rupanya kami, Tidak pernah mumbang tumbuh.

Kembali ke atas