Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh lima nabi terbilang, Nabi Muhammad rasul pilihan; Mati dahulu atau kemudian, Itu semua kerja Tuhan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Disimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah cengal Nabi Daud, Patah mati ditimpa pedang; Kalau tidak angin bertiup, Masakan pokok boleh bergoncang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Bagai nabi kasihkan umat, Begitu saya kasihkan puan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Inderagiri pasirnya lumat, Kerang bercampur dengan lokan; Sebagai nabi kasihkan umat, Begitulah hamba kasihkan tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Inderagiri pasirnya lumat, Garam bercampur dengan lokan; Umpama nabi kasihkan umat, Begitulah saya kasihkan tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari ini hari Ahad, Besok hari Isnin; Mudah-mudahan nabi mengaku umat, Barulah masuk kaum muslimin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung kedidi burung kelicap, Makan nisan kelopak jantung; Suruh Nabi bawa mengucap, Pada Allah tempat bergantung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak labi makan mengecap, Beri makan kelopak jantung; Pada nabi saya mengucap, Pada Tuhan saya bergantung. |