Kurik Kundi Merah Saga | Berapa dulang nak mandi? Nak cuba bunganya; Berani buat berani mati, Nak cuba hati jantungnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak hujan hujanlah hari, Boleh saya menutup petak; Kalau nak bujang bujang sekali, Boleh saya nak masuk mintak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau nak hujan hujanlah hari, Boleh saya menutup petak; Kalau nak bujang bujang sekali, Boleh saya nak masuk mintak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah ketapi tindih-menindih, Buah kasinar dalam perahu; Nak berlaki pilih-memilih, Nak anyam bujam pun tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati terbang dua, Hinggap di pangkin perlahan-lahan; Niat hati nak makan buah, Nak nanti musim bilakah tahan? |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Rami banyak rumput, Tiga dengan Teluk Berembang; Berilah tali saya nak turut, Saya nak dengar cakap cik abang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Elok manis padang saujana, Adakah limau saya nak tetak? Ayuh adik abang nak tanya, Adakah mahu abang nak mintak? |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina jambul tercacak, Mati dipanah Seri Rama; Hati di dalam rasa nak kocak, Rasa nak balik ke janda lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Kangar pergi ke Kuala, Baru mari Simpang Empat; Ilmu orang dahulukala, Tak ada nak beli payah nak dapat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin ada di jari manis, Cincin di jari si anak raja; Dengar ke mulut sangatlah manis, Nak hidup bersama nak mati berdua. |